CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 19, 2008

Kata2 ni hanya utk melepaskan rindu ana kpd Honey

Berapa kali ana menangis kerana merindukan Honey,
Perpisahan ni sungguh perit, Honey seolah semangat hidupku,
Tanpa Honey semangat ana seolah2 hilang,
Tp ramai hamba2 Allah yg menyayangi ana,
Elya salah sorg dr mereka, Dialah tempat ana menceritakan ttg Honey,
Ketika ana mimpikan Honey, Saat itu indah sekali,
Sume itu hanya ana citekan pada Elya, Sejak Honey pergi ke negara Arab,
Elyalah tempat ana melepaskan segala2nya selain Allah...

Tp ana tahu ni sume ujian dari Dia, dari Allah,
Walau Honey pergi dia x semestinya pergi dgn semangat juang ana,
Lalu ana bangkit demi Honey, demi Allah, Demi Islam!!
Tp apakah ana dpt menanggung rindu ini??!!
Mungkin selama 5 tahun, tp aku mahu menunjukkan pada sume yg ana pun tabah!!
Tanpa khabar berita, Tanpa chatting seperti biasa dgnnya

Ana terigt telatah dia yg manja, Tp di sebalik kemanjaan ada ketegasan,
Dulu Honey laa yg membangkitkn ana tika ana dlm keadaan putus asa,
Senyumnya, Tawanya dan segalanya x pernah pudar dr ingatan ana,
Dia seorg pengawas yg bertanggung jawab, Honey x pernah putus asa dlm ujian yg diberi Allah,
Dia murid cemerlang, Terigt lg kata2 terakhir dr dia, X tersangka kami x dpt berhubung,
X dpt khabar berita, Mel ana yg ana kirimkan x dibalas, Tp ana tetap berdoa,
Agar satu hari nnti dpt bertemu dgnnya, Andai maut pemisah ana n Honey,
Ana harap dpt berjumpa dia di syurga.

Saturday, December 13, 2008

AKU BENCI!!!

Aku benci, Ketika melihat wanita dan lelaki
Tidak menutup aurat... Tapi semakin aku benci
Jika aku sendiri yg x menutup aurat walaupun sedikit
Seperti aku juga sama dgn mereka yg x menutup aurat
Aku benci, Ketika melihat wanita dan lelaki saling mencintai
Berpegang tangan dan berjanji temu tanpa segan silu
Adakah mereka lupa pada dosa??!!
Tapi semakin aku benci jika aku tidak menundukkan pdgn
Sesama ajnabi... Leka melihat sdgkn Allah sentiasa melihatku
Aku benci, Ketika aku melihat org lain tidak solat
Tetapi aku makin benci jika aku melewatkan solat
Betapa bencinya aku kerana membuatkan Allah murka
Maafkan daku Ya Allah!!
Aku benci, Ketika aku melihat org bertaubat tp masih melakukan kslhn yg sama
Tapi aku juga berbuat yg sama, Makin ku benci diriku,
Byk kesalahan yg tlh ku buat
Betapa diriku tidak sempurna!!!
Aku perlu ubah diriku utk jadi org Islam yg terbaik utk kekasihku,
ALLAH!!

Friday, December 12, 2008

entahkan mangapa,biar ringkas bicaranya,seribu kesan di hati..


[[Bicara ini...]]
Bismillahirrahmanirrahim...

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini."Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana.
Tergelak dalam sebak."Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana."
Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian..YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 27, 2008

Tokoh Islam: Pakar Bedah Islam al-Zahrawi

Nama sebenar Al-Zahrawi ialah Zahrawi Abul Qasim. Al-Zahrawi dilahirkan di sebuah bandar berhampiran Cordoba pada tahun 936M. Beliau salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan sebagai rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun.

Ahli-ahli sains Islam, Ibnu Sina, al-Razi, dan juga al-Zahrawi adalah pelopor terawal bidang perubatan Islam. Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah-khazanah berharga bidang perubatan, yang mana pada hari ini masih dianggap rujukan awal yang penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al-Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra, berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan Islam di Andalus ( Sepanyol ) sekitar tahun 936 M.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 M ketika berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya " at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif " yang mempunyai 30 jilid. Ensiklopedia ini telah siap disempurnakan pada tahun 1000 M, hasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Sehinggakan sumbangan besar beliau telah mempengaruhi perkembangan pembedahan di Eropah. Begitulah hebatnya beliau. Sesiapa yang nak jadi doktor pakar bedah contohilah al-Zahrawi. Ana harap antum semua dapat mengecapi cita-cita masing-masing.

Wednesday, November 26, 2008

Tokoh Islam: Imam Bukhari ( Ahli Hadith Terhebat )

Muhammad bin Ismail al-Bukhari atau lebih dikenali dengan nama Imam Bukhari merupakan seorang ahli hadith yang hebat.Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, pada tanggal 13 Syawal 194H dan membesar dalam suasana keluarga yang amat mencintai ilmu agama. Ayahnya, Ismail bin Ibrahim sangat mengambil berat hal-hal yang berkaitan suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasul-Nya. Pernah ayahnya berkata: " Aku tidak pernah mengenal daripada hartaku barang satu dirham pun yang haram dan tidak pula satu dirham yang subahat ".

Imam Bukhari amat dikenali kerana mampu menghafal ratusan ribu hadith sahih dan tidak sahih berserta nama-nama orang yang meriwayatkannya tanpa ada sebarang kesilapan.Bukan itu sahaja, Imam Bukhari juga mampu mengumpulkan 6 juta hadith, tetapi hanya menghimpunkan hadith yang sahih sahaja di dalam bukunya. 'Sahih Bukhari' merupakan buku hadith Imam Bukhari yang menghimpunkan 7 ribu lebih hadith sahih dan menjadi antara buku rujukan hadith yang terpenting.

Untuk mengumpul dan menulis hadith bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Imam Bukhari terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dengan merantau dan mencari orang ygang menghafal hadith Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika , beliau berjalan hampir berbulan-bulan lamanya dari Bukhara menuju ke Baghdad, semata-mata untuk bertanyakan satu hadith daripada seseorang. Tetapi, apabila tiba di tempat yang ditujunya, beliau terlihat lelaki yang dicarinya itu sedang memanggil kudanya dengan cara tipu muslihat. Lelaki itu mengangkat dan menggerakkan kainnya seolah-olah kainnya itu penuh dengan rumput. Sudah tentu kuda tersebut akan datang kepadanya kerana menyangka tuannya itu membawa rumput. Melihatkan keaadan itu, Imam Bukhari terus membatalkan niatnya untuk mengambil hadith daripada lelaki tersebut. Lalu, Imam Bukhari pulang semula ke Bukhara walaupun telah , melalui perjalanan yang begitu jauh dan lama.

Setiap kali ingin menghafal atau menulis hadith, Imam Bukhari tidak lupa untuk berwuduk dan solat sunat dua rakaat serta berdoa kepada Allah SWT. Sebelum menghimpunkan buku ' Sahih Bukhari ', Imam Bukhari ada bermimpi. Dalam mimpinya itu, Imam Bukhari menghalau lalat yang mengganggu Rasulullah SAW. Bila ditafsirkan, mimpinya itu menjelaskan bahawa suatu hari nanti Imam Bukhari akan menjadi penyelamat kepada segala kekeliruan orang ramai terhadap Rasulullah SAW.

Antara karangan terkemuka Imam Bukhari ialah kitab al-Jami'ush-Sahih ( Sahih Bukhari ) iaitu kitab hadith tersahih di antara kitab-kitab hadith yang lain. Selain itu, Imam bukhari juga menyusun kitab al-Adabul-Mufrad, at-Tarikh al-Kabir, ad-Dhuafa' ( hadith-hadith lemah ), al-Jami' al-Kabir, at-Tafsir al-Kabirdan sebagainya.

Imam Bukhari wafat di Khartank, sebuah desa di negeri Samarkand, pada malam Aidul Fitri tahun 256H. Imam Bukhari Wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang sangat bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin. Contohilah tokoh Islam ini. Khusus untuk banin. Kalau Imam Bukhari dapat menghafal beratus ribu hadith tentu antum semua dapat hafal 30 Juzuk Al-Quran. Tunjukkan yang banin boleh dan boleh menghafal Al-Quran bukan benda mencarut!!!

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

arhg.....aku confuse!!!!!!!!

salam..ana confuse...
kenapa kebanyakkan pelajar thn 6 ni mengambil ajnabi sebagai kawan???
adakah mereka x sedar atau mereka sengaja!!!
apabila lalaki ajnabi mendengar suara perempuan ajnabi...
walaupon sepatah...
perkara2 boleh menaikkan hawa nafsu...
tapi....
kenapa mereka tidak malu....
kenapa banat tidak malu untuk memelihara aurat iaitu suara...
mereka menjerit....yang paling ana confuse...
kenapa mereka tak malu main dengan banin...
kenapa banin x malu lalu tepi banat walaupun hampir bersentuhan.....
ada yg main kejar mengejar...
adakah itu sifat pelajar Alamin kerteh....
ana nak kate kat korang satu perkara je....
jgn ambil ajnabi sebagai kawan....
ana ade dengar ade hamba Allah 2 menganggap ajnabi sebagai kawan yg special...
tapi...
alhamdulilllah...
die dah berubah.....
ana nak bincang bile kite nak buat reunion....???(tukar topik plak...kekeke)
kepada sesapa yg tahu ape erti...
sepek mata....
ana dah beli kain warna hitam...
nanti kalau ade mase ana nak jumpa sahabat ana...kalu boleh setiap minggu...
insyaallah.....doakan ana tima masuk imtiaz dungun eh.....2 lah ana pnyer impian wak 2 ni........n ade beberapa lg...
k ah salam....
haa...
sebelum 2 nak tanye...
knape korang vote ana???
ana x lah alim sangat..
nanti ana nak wat poll.....poll lain ana delete eh....poll yg dah tamat tempoh....
ana nak wat poll lain...tengok ah....k ah salam kepada sume saudara islam...

Islam itu indah dgn cinta drpd ALLAH

Islam itu indah,
Jika kita mendapat rahmat drNya,
Jika mendapat cintaNya,
Seperti mana Rasulullah mendapat cinta drNya,
Cinta itu diiringi dengan ibadah yg khusyuk.

Jika benar kita mencintai Dia,
Apakah buktinya???
Jika kita benar-benar mencintai dia,
Dugaan Dia kita hadapi dengan tabah,
Apabila tiba waktu ibadah tidak pernah merungut.

Tidak ada guna kita mengaku kita Islam,
Andai kita tidak pernah solat,
Melakukan suruhanNya,
Tanpa pernah menangguh,
Tanpa pernah disuruh.

Cinta tidak boleh dipaksa,
Cinta itu datang dengan sendiri,
Cinta manusia melalaikan,
Tapi cinta Dia menenangkan,
Walau tidak pernah berjumpa.

Manusia memberi hadiah yang dpt dibeli,
Tetapi Dia memberi syurga yang tidak dapat dibeli,
Tidak dapat diberi oleh manusia,
Mengapa manusia berfikir bahawa hadiah dari kekasih lain,
Sedangkan tidak ada beza dengan yang dibeli sendiri.

Mengapa manusia berfikiran sempit,
Sedangkan Dia memberi manusia akal untuk berfikir,
Memberi segalanya untuk kelihatan sempurna,
Namun manusia tidak sempurna,
Namun nikmat yg diberikan Dia disalah gunakan

Mengapa kita tidak mahu bersyukur atas nikmat yg diberikan,
Apakah kita mahu menjadi seperti binatang,
Yang tidak mempunyai akal??
Adakah kerana sume org angkuh dan kita mahu menyertai mereka???
Adakah kerana kita mempunyai ego untuk mensyukuri nikmat ini???

Bertaubatlah selagi masih ada masa,
Andai kata kita mati pada keesokan hari,
Kita tidak boleh melafazkan kata taubah,
Dia menyayangi kita semua,
Ambillah kesempatan ini.

Andai diberi kata putus,
Inginku berjumpa Dia sekarang,
Rindu ini tidak dapat ditanggung lagi,
Tetapi ibadahku masih tidak cukup,
Untuk menghadapi di alam barzakh.

Cintaku pada Mu tidak pernah berubah...
Ku mahukan kasih,rahmat dan syurga Mu

Kekasihku, Allah...


Contohilah adik kita ni...Lima tahun dah tutup aurah...

Kalau kita x nak tutup aurah, bermacam2 azab akan

diturunkan kepada kita.Cam otak kita bergelegak sbb

x nak tutup rambut..Kononnyalah rambut dia tu cantik sgt...

Xkan nak tunggu sampai dewasa, kita x tau bila kita mati...

Jadi ambik kesempatan ni utk cover aurah kita...Moga2 antum

sume dapat hidayah daripada Allah...Cepat2lah bertaubah...

Tuesday, November 25, 2008

hati mukmin pasti menangis...

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka.

Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga.

"Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.

"Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. "

Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "

Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "

Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. !!!


HIJAB DAN WANITA DAKWAH...

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.


Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”

penting....tolong bace dan balas...antar comment.

salam......satu je nak kate kat korang....................nanti kat sane jgn rosakkan peribadi korang sbgai muslim wa muslimah...............jgn nak ade gf/bf lg..................kalu ade masaalah...tanye lah ana kat layyinul_5a_upsr08@yahoo.com sape banat boleh lah add kiter....sape yg rase die banin 2...baik jangan....k ah assalamualaikum........ana rindu giler kat korang....doakan ana berjaya masuk imtiaz dungun eh...............ana harap persahabatan kite x akan putus buat selama-lamanya......ana harap kite akan berjumpa pabila di alam masyar nanti....insyaallah jika kita dlm golongan org islam(banat)....bg banin...ana harap persauadaraan kita sebagai muslim dpt mengenal erti batas........................please lah...jage kwn antum jika antum skool same....bg banin ana hrp anta jgn ejek banat......perkara 2 boleh menaikkan hawa nafsu...bg banat jgn layan banin.....pas 2 sesapa yg skool same ngan ana.....tolong tegur ana jika ana galok ngan banin......ana amanahkan korang supaya menjadi seorang muslim yg boleh dijadikan pemimpin.........antum sume kene ingat...mungkin allah bg korang dpt kurang dr 5a....sbb allah sayangkan korang.......mungkin ade sebabnya...mungkin Allah x nak korang takabur....bg yg dpt 5a...mungkin Allah nak uji kita supaya bersyukur...................ana nak minta maaf sebab ana ade kata2 kasar.......ana nk minta maaf sbb dulu group ana galok....... bg hadiah kat ajnabi....ana nak minta maaf sebab dulu kitorang x jage batas...ana nak minta maaf sebab ejek antum nama ajnabi.......mcm.... tautau jelah........ana nak minta maaf...ana pernah kate kat beberapa hamba Allah 2.....ana ejek die putera mungkir janji,kopiah die hodoh dan banyak lagi......sebenarnya sumenye salah.....kopiah die 2 bolehla.....cume ana x pernah nampak.......pas 2 ana ejek ain katak....sori ain....korang kene minta maaf sbb ejek die katak......kak sri 1 dan2....teddy bear.....x ingat...banyak sangat.........ana minta maaf......insyaAllah ana maafkan korang...cume jgn ejek nama ana banin.......assalamualaikum...ingat amanah 2....

Monday, November 24, 2008

BERUSAHALAH KORANG UNTUK MENJADI MUSLIMAH N MUSLIM YG BAIK-BAIK..
KALAU KITA BETUL2 NAK LELAKI YG BEK, JADILAH WANITA YG BEK DAN BEGITULAH SEBALIKNYA...TAPI WAT MASA SKANG LEBIH BEK FIKIR PASAL PELAJARAN...MANA SATU LEBIH PENTING PELAJARAN ATAU CINTA?????KALAU PELAJARAN KITA COROT ADA KE ORG NAK TERIMA KITA???ANTUM FIKIR SENDIRI MANA SATU LEBIH PENTING....ALLAH DAH KASI KITA AKAL UTK BERFIKIR...


HIJAB IS OUR LIFE..ana harap ni lah cite-cite banat-banat kite sume...INSYA-ALLAH..
Lgpun nape nak pandang banin??? Baik wat ibadah atau berzikir memuji kebesaranNya...Tukan lebih berfaedah dr duduk tgk banin....Makin menambahkan dosa ada aaa...Kalau kita wat benda faedah kerana Allah n bukan nak tunjuk yg kita alim, kita kan dpt pahala...Lgpun wat pe nak tunjuk yg kita alim???? Bukankah perkara tu x berbaloi?? Mendapat kasihNya lebih bermakna daripada mendapat cinta dari manusia yg membuatkan kita lalai dan memenuhi hati kita dgn dosa2...


ASSALAMUALAIKUM...ni adalah tanda ingatan kite kat sahabat kite yg baru berpindah ke ARAB SAUDI,HONEY-SAH...kalau korang bersahabat kerana ALLAH..ana yakin korang x akan lupakan sahabat kite...tapi janganlah lebih-lebih hingga lalai(banin)...
NI KHAS BUAT SAHABAT KITA YG DAH LAMA TINGGALKAN KITA...
BUKAN senang HENDAK SENANG...
bukan SUSAH HENDAK susah...
TAK kira SENANG atau SUSAH...
doaKU SEMOGA rahmat TUHAN...
SENTIASA bersamaMU...
pabila RAHMAT TUHAN bersamaMU...
MESKIpon SUSAH atau SENANG...
PASTInya HATIMU sentiasa TENANG...
MAY ALLAH BLESS YOU....AMIIN...


BERUSAHALAH DAN BERUBAH LAH UNTUK KE JALAN YG LEBIH BAIK SEPERTI MEREKA TOKOH ISLAMIAH...BAKAL PENGHUNI SYURGA ILLAHI..Xde guna kalau kita secantik Balqis tetapi x sehebat Khadijah yg begitu sempurna...KALAU KITA BETUL2 CINTAKAN ALLAH BIARLAH SETULUS ZULAIKHA....CARILAH CINTA ALLAH BUKAN MANUSIA....BANTULAH KWN2KU SUPAYA AKU BOLEH MENJADI SEPERTI TOKOH2 ISLAM YG SEMPURNA...RABIATUL ADAWIYAH WALAUPUN DIA MENJADI HAMBA DIA TETAP TIDAK LARI PADA TUANNYA DAN TETAP MENUNAIKAN IBADAH...BELIAU TIDAK PERNAH LUPA UTK BERIBADAH PADA TUHAN YG MAHA ESA...


TO LOVE SOMEONE IS NOTHING...
TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING...
TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING...
BUT!!!
BUT TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING...
WHY ME MUST FIND LOVE FROM A BOY OR A GIRL???!!!
THE ONE LOVE THAT GIVE US A PEACE IS FROM ALLAH!!!!


assalamualaikum..ana harap pelajar banat tahun 6 abu unbaidah boleh jadi cam nii..INSYA-ALLAH...yang selalu pakai baju singkat wa ketat wa jarang tu ana harap korang tutuplah dengan busana muslimah...periharalah diri korang dari maksiat muslihat dunia..terpulang kat korang nak berubah atau x..ana hanya menyampaikan saje..assalamualaikum..

Sunday, November 23, 2008

minta maaf...

salam....ana sayang nak tinggalkan korang...tp...terpaksa jugalah kan....ana harap persahabatan kita x kan putus......walau pun ada ejek mengejek......kalu banin bace ni....ana nak kate yg kadang 2 ade ejek banat 2 nama anta....x semestinya die ske anta........kah...ana nk minta maaf......doakan ana masuk imtiaz dgn eh.......2 skool yg ana plng ana kagumi...kekeke........doakan ana menjadi seorang hamba Allah yg berjaya melaksanakan tugas nya...kalau boleh...bleh x pd suatu hari kita wat perjumpaan..ramai2.....(bg banat je,,,,)...kalu banin nk join jage ah batas.....k ah assalamualaikum....


ZALIM..



Friday, November 21, 2008

Khas untuk thn 6

Assalamualaikum…
Ana ingin persahabatan kita terjalin kerana Allah…
Ana ingin persahabatan kita sentiasa berkekalan…
Tapi…
Ana takut persahabatan ini membuatkan ana hanyut…
Ana mesti memelihara iman dan agama ana…
Ana hanya menganggap antum tidak lebih dari saudara islam
dan tidak kurang dari saudara islam…(bagi banin)

Ana ingin pelajar al-amin kerteh
Melupakan semua perkara tentang banat/banin…
Nama,e-mail,tahun kelahiran dan semuanya…
Buanglah semuanya!!!
Agar saudaraku tidak hanyut dibawa oleh hawa nafsu…
Tapi…
Ana ingin antum tidak melupakan satu sahaja
perkara di diri kami semua
iaitu Iman dan Islam…

Ana harap…
Apabila antum semua dah memasuki ke alam remaja…
Ana harap sangat…
jangan lah antum semua lupa
keperibadian antum sebagai seorang
Muslim sebenar…
ana harap antum jgn tergolong dlm org yg
dimurkai Allah…malahan antum lah yg memimpin
org yg sesat ke jalan yg benar….
Yg penting sekali ana harap antum pilihlah sahabat yg boleh
membawa antum untuk beribadah kpd Allah bukan sebaliknya….
Akhir sekali ana harap antum janganlah ambil
ajnabi sebagai teman….ataupun sahabat…


Ana cume nak bagi sikit nasihat je….
terserahlah nak ikut ke tak….
itu pilihan antum semua…
maafkan ana jika melakukan kesalahan…
insyaallah ana akan memaafkan korang juga…
doakan supaya ana berjaya di dunia dan menjadi
hamba Allah yg berjaya melaksanakan perintahnya….
K ah…
Assalamualaikum…b.u 1914908

Lalu syaitan pun mengeluh…

Rasulullah s.a.w bersabda,katanya”setiap anak Adam akan dijaga dua malaikat.malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang di sebelah kiri.sekiranya anak adam melakukan dosa maka malaikat yg di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kana,katanya,”apakah yg harus aku catat?”kata malaikat di sebelah kanan,”jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan.” Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi,”kalau ia telah melakukan lima kesalahan,apa yg harus aku catatkan?” jawab malaikat kana,”biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.”oleh itu hapuskanlah lima kesalahanya yg lalu sebagai tebusan dan kami masih simpnkan untuknya lima pahala lagi.
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,”kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”

Monday, November 17, 2008

Ya Allah,AKU MAHU BERUBAH!

ya Allah,





syukur atas nikmat pancaindera-Mu...


dengan penglihatan...


aku dapat melihat segala


kekuasaan-Mu...


mengagumi segala kebesaran mu...


namun,


dengan jualah...


aku melakukan kemungkaran


terhadap mu...


menjerumuskan diriku ke lembah Dosa...


Melihat pada yang tidak sepatutnya...


membuatkan diri ini alpa


saat hidayah mu tiba...


seketika ku tersedar...


mungkin belum terlambat...


untukku pahatkan dalam diri...


bahawa...


aku mahu berubah!!!





Ya Allah,





Jika dulu aku angkuh di bumi mu...


alhamdulillah...


hidayah mu mematahkan


keangkuhanku...


membangunkan sifat malu...


yg selama ini tersorok dalam diri..


ku tundukkan pandanganku...


yg selama ini meliar....


ku timbulkan kekeliruan...


pada teman-teman...


ku tempis segala teguran sinis...


ku tekadkan dlm kalbuku...


bahawa...


aku mahu berubah!!!





ya Allah,





jika dahulu aku lalai dalam menunaikan


hak mu...


terleka dgn duniawi...


terkadang ku abai kan ukhrawi...


subhanallah...


sesungguhnya kekuasan mu


yg paling agung...


kau sedarkan di saat aku hanyut...


masih tidak terlambat...


untuk sesuatu perubahan...


ku akur pada kekuasaan mu....


lantas...


ku launkan dalam hatiku...


aku mahu berubah!!!





ya Allah,





Ku pohon hidayahmu...


duhai ayahanda dan bonda...


sahabat-sahabat...


serta...


teman-teman...


bantulah daku...


bimbinglah daku...


dalam mencari...


cinta yg paling agung...


cinta yg esa...


sesungguhnya...


aku mahu berubah!!!