CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 19, 2008

Kata2 ni hanya utk melepaskan rindu ana kpd Honey

Berapa kali ana menangis kerana merindukan Honey,
Perpisahan ni sungguh perit, Honey seolah semangat hidupku,
Tanpa Honey semangat ana seolah2 hilang,
Tp ramai hamba2 Allah yg menyayangi ana,
Elya salah sorg dr mereka, Dialah tempat ana menceritakan ttg Honey,
Ketika ana mimpikan Honey, Saat itu indah sekali,
Sume itu hanya ana citekan pada Elya, Sejak Honey pergi ke negara Arab,
Elyalah tempat ana melepaskan segala2nya selain Allah...

Tp ana tahu ni sume ujian dari Dia, dari Allah,
Walau Honey pergi dia x semestinya pergi dgn semangat juang ana,
Lalu ana bangkit demi Honey, demi Allah, Demi Islam!!
Tp apakah ana dpt menanggung rindu ini??!!
Mungkin selama 5 tahun, tp aku mahu menunjukkan pada sume yg ana pun tabah!!
Tanpa khabar berita, Tanpa chatting seperti biasa dgnnya

Ana terigt telatah dia yg manja, Tp di sebalik kemanjaan ada ketegasan,
Dulu Honey laa yg membangkitkn ana tika ana dlm keadaan putus asa,
Senyumnya, Tawanya dan segalanya x pernah pudar dr ingatan ana,
Dia seorg pengawas yg bertanggung jawab, Honey x pernah putus asa dlm ujian yg diberi Allah,
Dia murid cemerlang, Terigt lg kata2 terakhir dr dia, X tersangka kami x dpt berhubung,
X dpt khabar berita, Mel ana yg ana kirimkan x dibalas, Tp ana tetap berdoa,
Agar satu hari nnti dpt bertemu dgnnya, Andai maut pemisah ana n Honey,
Ana harap dpt berjumpa dia di syurga.

Saturday, December 13, 2008

AKU BENCI!!!

Aku benci, Ketika melihat wanita dan lelaki
Tidak menutup aurat... Tapi semakin aku benci
Jika aku sendiri yg x menutup aurat walaupun sedikit
Seperti aku juga sama dgn mereka yg x menutup aurat
Aku benci, Ketika melihat wanita dan lelaki saling mencintai
Berpegang tangan dan berjanji temu tanpa segan silu
Adakah mereka lupa pada dosa??!!
Tapi semakin aku benci jika aku tidak menundukkan pdgn
Sesama ajnabi... Leka melihat sdgkn Allah sentiasa melihatku
Aku benci, Ketika aku melihat org lain tidak solat
Tetapi aku makin benci jika aku melewatkan solat
Betapa bencinya aku kerana membuatkan Allah murka
Maafkan daku Ya Allah!!
Aku benci, Ketika aku melihat org bertaubat tp masih melakukan kslhn yg sama
Tapi aku juga berbuat yg sama, Makin ku benci diriku,
Byk kesalahan yg tlh ku buat
Betapa diriku tidak sempurna!!!
Aku perlu ubah diriku utk jadi org Islam yg terbaik utk kekasihku,
ALLAH!!

Friday, December 12, 2008

entahkan mangapa,biar ringkas bicaranya,seribu kesan di hati..


[[Bicara ini...]]
Bismillahirrahmanirrahim...

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini."Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana.
Tergelak dalam sebak."Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana."
Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian..YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 27, 2008

Tokoh Islam: Pakar Bedah Islam al-Zahrawi

Nama sebenar Al-Zahrawi ialah Zahrawi Abul Qasim. Al-Zahrawi dilahirkan di sebuah bandar berhampiran Cordoba pada tahun 936M. Beliau salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan sebagai rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun.

Ahli-ahli sains Islam, Ibnu Sina, al-Razi, dan juga al-Zahrawi adalah pelopor terawal bidang perubatan Islam. Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah-khazanah berharga bidang perubatan, yang mana pada hari ini masih dianggap rujukan awal yang penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al-Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra, berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan Islam di Andalus ( Sepanyol ) sekitar tahun 936 M.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 M ketika berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya " at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif " yang mempunyai 30 jilid. Ensiklopedia ini telah siap disempurnakan pada tahun 1000 M, hasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Sehinggakan sumbangan besar beliau telah mempengaruhi perkembangan pembedahan di Eropah. Begitulah hebatnya beliau. Sesiapa yang nak jadi doktor pakar bedah contohilah al-Zahrawi. Ana harap antum semua dapat mengecapi cita-cita masing-masing.

Wednesday, November 26, 2008

Tokoh Islam: Imam Bukhari ( Ahli Hadith Terhebat )

Muhammad bin Ismail al-Bukhari atau lebih dikenali dengan nama Imam Bukhari merupakan seorang ahli hadith yang hebat.Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, pada tanggal 13 Syawal 194H dan membesar dalam suasana keluarga yang amat mencintai ilmu agama. Ayahnya, Ismail bin Ibrahim sangat mengambil berat hal-hal yang berkaitan suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasul-Nya. Pernah ayahnya berkata: " Aku tidak pernah mengenal daripada hartaku barang satu dirham pun yang haram dan tidak pula satu dirham yang subahat ".

Imam Bukhari amat dikenali kerana mampu menghafal ratusan ribu hadith sahih dan tidak sahih berserta nama-nama orang yang meriwayatkannya tanpa ada sebarang kesilapan.Bukan itu sahaja, Imam Bukhari juga mampu mengumpulkan 6 juta hadith, tetapi hanya menghimpunkan hadith yang sahih sahaja di dalam bukunya. 'Sahih Bukhari' merupakan buku hadith Imam Bukhari yang menghimpunkan 7 ribu lebih hadith sahih dan menjadi antara buku rujukan hadith yang terpenting.

Untuk mengumpul dan menulis hadith bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Imam Bukhari terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dengan merantau dan mencari orang ygang menghafal hadith Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika , beliau berjalan hampir berbulan-bulan lamanya dari Bukhara menuju ke Baghdad, semata-mata untuk bertanyakan satu hadith daripada seseorang. Tetapi, apabila tiba di tempat yang ditujunya, beliau terlihat lelaki yang dicarinya itu sedang memanggil kudanya dengan cara tipu muslihat. Lelaki itu mengangkat dan menggerakkan kainnya seolah-olah kainnya itu penuh dengan rumput. Sudah tentu kuda tersebut akan datang kepadanya kerana menyangka tuannya itu membawa rumput. Melihatkan keaadan itu, Imam Bukhari terus membatalkan niatnya untuk mengambil hadith daripada lelaki tersebut. Lalu, Imam Bukhari pulang semula ke Bukhara walaupun telah , melalui perjalanan yang begitu jauh dan lama.

Setiap kali ingin menghafal atau menulis hadith, Imam Bukhari tidak lupa untuk berwuduk dan solat sunat dua rakaat serta berdoa kepada Allah SWT. Sebelum menghimpunkan buku ' Sahih Bukhari ', Imam Bukhari ada bermimpi. Dalam mimpinya itu, Imam Bukhari menghalau lalat yang mengganggu Rasulullah SAW. Bila ditafsirkan, mimpinya itu menjelaskan bahawa suatu hari nanti Imam Bukhari akan menjadi penyelamat kepada segala kekeliruan orang ramai terhadap Rasulullah SAW.

Antara karangan terkemuka Imam Bukhari ialah kitab al-Jami'ush-Sahih ( Sahih Bukhari ) iaitu kitab hadith tersahih di antara kitab-kitab hadith yang lain. Selain itu, Imam bukhari juga menyusun kitab al-Adabul-Mufrad, at-Tarikh al-Kabir, ad-Dhuafa' ( hadith-hadith lemah ), al-Jami' al-Kabir, at-Tafsir al-Kabirdan sebagainya.

Imam Bukhari wafat di Khartank, sebuah desa di negeri Samarkand, pada malam Aidul Fitri tahun 256H. Imam Bukhari Wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang sangat bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin. Contohilah tokoh Islam ini. Khusus untuk banin. Kalau Imam Bukhari dapat menghafal beratus ribu hadith tentu antum semua dapat hafal 30 Juzuk Al-Quran. Tunjukkan yang banin boleh dan boleh menghafal Al-Quran bukan benda mencarut!!!

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

arhg.....aku confuse!!!!!!!!

salam..ana confuse...
kenapa kebanyakkan pelajar thn 6 ni mengambil ajnabi sebagai kawan???
adakah mereka x sedar atau mereka sengaja!!!
apabila lalaki ajnabi mendengar suara perempuan ajnabi...
walaupon sepatah...
perkara2 boleh menaikkan hawa nafsu...
tapi....
kenapa mereka tidak malu....
kenapa banat tidak malu untuk memelihara aurat iaitu suara...
mereka menjerit....yang paling ana confuse...
kenapa mereka tak malu main dengan banin...
kenapa banin x malu lalu tepi banat walaupun hampir bersentuhan.....
ada yg main kejar mengejar...
adakah itu sifat pelajar Alamin kerteh....
ana nak kate kat korang satu perkara je....
jgn ambil ajnabi sebagai kawan....
ana ade dengar ade hamba Allah 2 menganggap ajnabi sebagai kawan yg special...
tapi...
alhamdulilllah...
die dah berubah.....
ana nak bincang bile kite nak buat reunion....???(tukar topik plak...kekeke)
kepada sesapa yg tahu ape erti...
sepek mata....
ana dah beli kain warna hitam...
nanti kalau ade mase ana nak jumpa sahabat ana...kalu boleh setiap minggu...
insyaallah.....doakan ana tima masuk imtiaz dungun eh.....2 lah ana pnyer impian wak 2 ni........n ade beberapa lg...
k ah salam....
haa...
sebelum 2 nak tanye...
knape korang vote ana???
ana x lah alim sangat..
nanti ana nak wat poll.....poll lain ana delete eh....poll yg dah tamat tempoh....
ana nak wat poll lain...tengok ah....k ah salam kepada sume saudara islam...