CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

Tokoh Islam: Pakar Bedah Islam al-Zahrawi

Nama sebenar Al-Zahrawi ialah Zahrawi Abul Qasim. Al-Zahrawi dilahirkan di sebuah bandar berhampiran Cordoba pada tahun 936M. Beliau salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan sebagai rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun.

Ahli-ahli sains Islam, Ibnu Sina, al-Razi, dan juga al-Zahrawi adalah pelopor terawal bidang perubatan Islam. Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah-khazanah berharga bidang perubatan, yang mana pada hari ini masih dianggap rujukan awal yang penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al-Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra, berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan Islam di Andalus ( Sepanyol ) sekitar tahun 936 M.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 M ketika berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya " at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif " yang mempunyai 30 jilid. Ensiklopedia ini telah siap disempurnakan pada tahun 1000 M, hasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Sehinggakan sumbangan besar beliau telah mempengaruhi perkembangan pembedahan di Eropah. Begitulah hebatnya beliau. Sesiapa yang nak jadi doktor pakar bedah contohilah al-Zahrawi. Ana harap antum semua dapat mengecapi cita-cita masing-masing.

0 comments: