CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008

Islam itu indah dgn cinta drpd ALLAH

Islam itu indah,
Jika kita mendapat rahmat drNya,
Jika mendapat cintaNya,
Seperti mana Rasulullah mendapat cinta drNya,
Cinta itu diiringi dengan ibadah yg khusyuk.

Jika benar kita mencintai Dia,
Apakah buktinya???
Jika kita benar-benar mencintai dia,
Dugaan Dia kita hadapi dengan tabah,
Apabila tiba waktu ibadah tidak pernah merungut.

Tidak ada guna kita mengaku kita Islam,
Andai kita tidak pernah solat,
Melakukan suruhanNya,
Tanpa pernah menangguh,
Tanpa pernah disuruh.

Cinta tidak boleh dipaksa,
Cinta itu datang dengan sendiri,
Cinta manusia melalaikan,
Tapi cinta Dia menenangkan,
Walau tidak pernah berjumpa.

Manusia memberi hadiah yang dpt dibeli,
Tetapi Dia memberi syurga yang tidak dapat dibeli,
Tidak dapat diberi oleh manusia,
Mengapa manusia berfikir bahawa hadiah dari kekasih lain,
Sedangkan tidak ada beza dengan yang dibeli sendiri.

Mengapa manusia berfikiran sempit,
Sedangkan Dia memberi manusia akal untuk berfikir,
Memberi segalanya untuk kelihatan sempurna,
Namun manusia tidak sempurna,
Namun nikmat yg diberikan Dia disalah gunakan

Mengapa kita tidak mahu bersyukur atas nikmat yg diberikan,
Apakah kita mahu menjadi seperti binatang,
Yang tidak mempunyai akal??
Adakah kerana sume org angkuh dan kita mahu menyertai mereka???
Adakah kerana kita mempunyai ego untuk mensyukuri nikmat ini???

Bertaubatlah selagi masih ada masa,
Andai kata kita mati pada keesokan hari,
Kita tidak boleh melafazkan kata taubah,
Dia menyayangi kita semua,
Ambillah kesempatan ini.

Andai diberi kata putus,
Inginku berjumpa Dia sekarang,
Rindu ini tidak dapat ditanggung lagi,
Tetapi ibadahku masih tidak cukup,
Untuk menghadapi di alam barzakh.

Cintaku pada Mu tidak pernah berubah...
Ku mahukan kasih,rahmat dan syurga Mu

Kekasihku, Allah...

0 comments: