CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008

Tokoh Islam: Imam Bukhari ( Ahli Hadith Terhebat )

Muhammad bin Ismail al-Bukhari atau lebih dikenali dengan nama Imam Bukhari merupakan seorang ahli hadith yang hebat.Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, pada tanggal 13 Syawal 194H dan membesar dalam suasana keluarga yang amat mencintai ilmu agama. Ayahnya, Ismail bin Ibrahim sangat mengambil berat hal-hal yang berkaitan suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasul-Nya. Pernah ayahnya berkata: " Aku tidak pernah mengenal daripada hartaku barang satu dirham pun yang haram dan tidak pula satu dirham yang subahat ".

Imam Bukhari amat dikenali kerana mampu menghafal ratusan ribu hadith sahih dan tidak sahih berserta nama-nama orang yang meriwayatkannya tanpa ada sebarang kesilapan.Bukan itu sahaja, Imam Bukhari juga mampu mengumpulkan 6 juta hadith, tetapi hanya menghimpunkan hadith yang sahih sahaja di dalam bukunya. 'Sahih Bukhari' merupakan buku hadith Imam Bukhari yang menghimpunkan 7 ribu lebih hadith sahih dan menjadi antara buku rujukan hadith yang terpenting.

Untuk mengumpul dan menulis hadith bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Imam Bukhari terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dengan merantau dan mencari orang ygang menghafal hadith Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika , beliau berjalan hampir berbulan-bulan lamanya dari Bukhara menuju ke Baghdad, semata-mata untuk bertanyakan satu hadith daripada seseorang. Tetapi, apabila tiba di tempat yang ditujunya, beliau terlihat lelaki yang dicarinya itu sedang memanggil kudanya dengan cara tipu muslihat. Lelaki itu mengangkat dan menggerakkan kainnya seolah-olah kainnya itu penuh dengan rumput. Sudah tentu kuda tersebut akan datang kepadanya kerana menyangka tuannya itu membawa rumput. Melihatkan keaadan itu, Imam Bukhari terus membatalkan niatnya untuk mengambil hadith daripada lelaki tersebut. Lalu, Imam Bukhari pulang semula ke Bukhara walaupun telah , melalui perjalanan yang begitu jauh dan lama.

Setiap kali ingin menghafal atau menulis hadith, Imam Bukhari tidak lupa untuk berwuduk dan solat sunat dua rakaat serta berdoa kepada Allah SWT. Sebelum menghimpunkan buku ' Sahih Bukhari ', Imam Bukhari ada bermimpi. Dalam mimpinya itu, Imam Bukhari menghalau lalat yang mengganggu Rasulullah SAW. Bila ditafsirkan, mimpinya itu menjelaskan bahawa suatu hari nanti Imam Bukhari akan menjadi penyelamat kepada segala kekeliruan orang ramai terhadap Rasulullah SAW.

Antara karangan terkemuka Imam Bukhari ialah kitab al-Jami'ush-Sahih ( Sahih Bukhari ) iaitu kitab hadith tersahih di antara kitab-kitab hadith yang lain. Selain itu, Imam bukhari juga menyusun kitab al-Adabul-Mufrad, at-Tarikh al-Kabir, ad-Dhuafa' ( hadith-hadith lemah ), al-Jami' al-Kabir, at-Tafsir al-Kabirdan sebagainya.

Imam Bukhari wafat di Khartank, sebuah desa di negeri Samarkand, pada malam Aidul Fitri tahun 256H. Imam Bukhari Wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang sangat bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin. Contohilah tokoh Islam ini. Khusus untuk banin. Kalau Imam Bukhari dapat menghafal beratus ribu hadith tentu antum semua dapat hafal 30 Juzuk Al-Quran. Tunjukkan yang banin boleh dan boleh menghafal Al-Quran bukan benda mencarut!!!

0 comments: